Setelah sekian lama terfikir untuk meletakkan post di blog ini , Alhamdulillah hari ini juga yang dipilih oleh Allah supaya aku menulis .
Bismillahirrahmannirahim ....
**************************
Pada suatu hari , saya telah mendapat satu mesej daripada kawan yang mengatakan bahawa dia mempunyai masalah yang berat untuk dikongsikan , dan bagi menjawab soalan tersebut tiba-tiba saya teringat satu mesej yang saya pernah dapat iaitu dia memberikan satu analogi
'' sesuatu ujian atau masalah ini boleh diibaratkan sebagai kita terperangkap di sebuah rumah yang terbakar , sekiranya kita tak cuba untuk memadamkan api tersebut sudah pasti kita akan mati kepanasan , dan untuk memadam api ada pelbagai sumber sebagai contoh air , pili bomba , pasir dan sebagainya ''
jadi pengajaran yang boleh didapati dalam analogi tersebut setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya dan sekiranya kita tidak mencari jalan penyelesaian sudah pasti kita akan terus terperangkap di dalam masalah tersebut . dan untuk menyelesaikan sesuatu ada pelbagai sumber , sebagai contoh kita yang merupakan seorang muslim kita mempunyai Al-quran dan hadis sebagai petunjuk untuk kita .Allah telah berfirman yang bermaksud
[Muhammad 47:31]
InsyaAllah sekian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan