assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh..
salam rindu,salam ukhwah dan salam lembaran baru buat sahabat2 yang ana kasihi sangat2...termasuk naqibah la ye..
Tahun ini merupakan tahun yang penting buat pelajar form 3 dan pelajar form 5..bagi pelajar form 3,keputusan PMR merupakan titik permulaan kita untuk memilih bidang yang layak dengan keputusan kita...bagi akak2 form 5 pulak,keputusan SPM...sangat penting untuk menentukan kerjaya di masa hadapan..sebagai hambaNya yang beriman,setiap kerja yang kita lakukan itu adalah ibadah hatta sekalipun, kita melanyari facebook,makan-minum,tidur dan bermacam-macam benda lagi yang kita lakukan dalam rutin hidup kita..bagaimana kita hendak jadikan setiap pekerjaan yang kita lakukan itu sebagai ibadah???mesti ada yang tertanya-tanya..dan ada juga yang akan kata ibadah tu ke bukan solat,puasa je ker???ia...itu memang ibadah...tapi itu ibadah umum..
jika kita ingin setiap perbuatan kita itu adalah ibadah dan tidak dilakukan dengan hanya membazir tenaga sahaja..maka ia mestilah diniatkan kerana Allah...makan kerana Allah,minum kerana Allah,tidur kerana Allah,berkawan kerana Allah dan BELAJAR KERANA ALLAH..'ada juga yang bertanya pada ana,kerana Allah itu cam ne shikah??'kerana Allah itu adalah kita melakukan setiap perbuatan kita untuk mendapat keredhaan Nya..
daripada kita berniat segala perbuatan kita kerana Allah,maka secara automatik ye...ia menjadi 1 ibadah..belajar kerana Allah ini memang sukar tambah-tambah lagi jika kita juga niat belajar itu untuk peperiksaan besar seperti PMR dan SPM ini..tetapi jika kita berniat belajar kerana peperiksaan sahaja...maka itu sangat merugikan...sangat2 rugi...tau x sebab ape rugi???
sebab...jika kita belajar kerana peperiksaan...maka segala apa yang telah kita pelajari itu akan dilupakan sebaik sahaja peperiksaan tamat...jika kita belajar kerana Allah,maka kita tidak akan belajar last2 minit..kita akan istiqomah di dalam belajar...dan Allah juga mengatakan di dalam Al-Quran bahawa hamba2Nya yang paling dekat denganNya adalah datangnya dari golongan yang berilmu..semestinya sesiapa yang belajar kerana Allah itu akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah...Allah itu Maha Penyayang kan??sehingga kita belajar pun,Allah akan memberi pahala...
Jika kita berasa lemah sangat...rasa macam x leh belajar diniatkan kerana Allah sahaja...maka kita hendaklah memohon kekuatan kepada Allah yang membolak-balikkan hati kita ini...
Allah berfirman di dalam surah Al-Ghaffur:60
'berdoalah Kepada-Ku,nescaya akan Ku makbulkan'
itu tanda kasih-sayang Allah terhadap kita...jika kita terasa lemah ketika hendak berusaha belajar kerana Allah...maka kita haruslah mengadu terhadap Allah...tapi kita janganlah tau nak mengadu tapi x tau nak berusaha..ana bagi 1 perumpamaan
'buku kita ada di dalam laci dan kita berdoa kepada Allah agar Allah membuka laci tersebut....maka adakah laci tersebut akan terbuka???semestinya kita hendaklah berusaha untuk mengambik buku tersebut dengan cara kita membuka laci tersebut...lihat...
kita hendak berusaha dahulu...'
selepas kita berazam+usaha+doa...maka selepas itu hendaklah kita bertawakal terhadap Allah Al-Malik..
selain itu,kita juga hendaklah menjadikan belajar itu sebagai wadah kita untuk berjihad di jalan Allah...
seandainya kita belajar kerana Allah,kita tidak akan rasa tertekan,kita tidak akan rasa bosan apabila belajar..tapi kita akan rasa bahagia,harmoni dan gembira...nak cuba???mari kita bersama-sama belajar kerana Allah!!!!jangan diniatkan kita belajar bersungguh-sungguh itu kerana peperiksaan...ALLAHUAKBAR!!!
(ini hanyalah perkongsian yang ingin diutarakan kepada sahabat-sahabat ana...bukannya tazkirah pendek tau!!hehehe...)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan