Pages

Memaparkan catatan dengan label athifahsabri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label athifahsabri. Papar semua catatan

2011/12/21

22.12.2011


alhamdulillah , 
setelah lama menyepi , kami kembali insyaallah , mungkin dengan lebih banyak isi-isi yang menarik
masing-masing sibuk cuti sekolah ini , dan , masing-masing kekurangan idea untuk memenuhkan blog ini . insyaAllah pembaharuan akan dilakukan . 

Pada 22.12.2011 iaitu esok [khamis] bagi kami pelajar-pelajar batch 1996 satu malaysia akan menerima keputusan Penilaian Menengah Rendah atau singkatannya PMR . debaran kian terasa bila menanti saat-saat akan datang . wah!! 

kebanyakan post-post di facebook dari kawan-kawan 
" wah bedebarnya''

''esok berapa hari bulan ''

''dupdapdupdap, jantung berbunyi'' 

 dll

wah sememangnya masing-masing bedebar menantikan keputusan esok . insyaallah kami harap yang terbaik .

2011/10/01

imtihan besar kami


bismillah,

membuka bicara setelah beberapa bulan berlalu,

minggu depan bakal menjadi minggu battlefield  bagi kami yang akan mengambil PMR

ramai yang bertanya '' dah sediakah ? dah ready kah ?? ape persediaan sekarang ?''
aduh tak tau nak jawap apa .. hanya dalam hati berdoa ..

'' ya Allah permudahkan lah kami '' 

mohon doa semua agar kami dapat menjawab dengan tenang ya 


 *******************************

Seek knowledge. It's okay if the process is hard, as long as you have FAITH [iman] . Shaytan has more knowledge than us. Problem is, he doesn't have FAITH .[taken from senpai blog]
  

2011/06/11

Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui




 '' Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk .Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ''

[al-baqarah : 216 ] 

****************************************

alhamdulillah , post lepas dari senpai kami . haha sedikit terkejut apabila di puji ..kembang kempis jadinya Nauzubillah . terima kasih sis .

Mujahadah itu pahit , kerana syurga itu manis .
Perjuangan itu perit , kerana pengakhirannya bahagia .
 

2011/06/08

syukur

Alhamdulillah , segala nikmat yang Engkau telah berikan kepada kami .Hanya kepada Engkau kami panjatkan kesyukuran atas segala yang Engkau telah berikan hingga ke hari ini


syukur lagi ana ucapkan kepada Allah taala , setelah sekian lama tunggu akhirnya ada juga ahli-ahli usrah ana yang cuba menjejak kaki dalam dunia blogging walaupun hanya seketika . kami harapkan kepada pembaca agar dapat mengambil apa yang baik ,dan tinggal apa yang buruk.Insyaallah


2011/03/23

ujian melatih kesabaran

Setelah sekian lama terfikir untuk meletakkan post di blog ini , Alhamdulillah hari ini juga yang dipilih oleh Allah supaya aku menulis .

Bismillahirrahmannirahim ....
**************************
Pada suatu hari , saya telah mendapat satu mesej daripada kawan yang mengatakan bahawa dia mempunyai masalah yang berat untuk dikongsikan , dan bagi menjawab soalan tersebut tiba-tiba saya teringat satu mesej yang saya pernah dapat iaitu dia memberikan  satu analogi

'' sesuatu ujian atau masalah ini boleh diibaratkan sebagai kita terperangkap di sebuah rumah yang terbakar , sekiranya kita tak cuba untuk memadamkan api tersebut sudah pasti kita akan mati kepanasan , dan untuk memadam api ada pelbagai sumber sebagai contoh  air , pili bomba , pasir dan sebagainya ''



jadi pengajaran yang boleh didapati dalam analogi tersebut setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya dan sekiranya kita tidak mencari jalan penyelesaian sudah pasti kita akan terus terperangkap di dalam masalah tersebut . dan untuk menyelesaikan sesuatu ada pelbagai sumber , sebagai contoh kita yang merupakan seorang muslim kita mempunyai Al-quran dan hadis sebagai petunjuk untuk kita .Allah telah berfirman yang bermaksud 

'' Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian "

[Muhammad 47:31]
 
InsyaAllah sekian 
 

2011/01/24

salam usrah

aku : apa macam blog kita ?
nisa : entahlah , dah berhabuk agaknya .
aku : sapa yang belum update lagi ??
.... sunyi tanpa jawapan ...haha

***************************************
sebagai pembuka tirai blog bagi 2011 [walaupun dah nak masuk bulan 2] , ana membuka dengan
Bismillahirrahmanirahim ....

pada tahun ini kami masih lagi 10 learner walaupun ada ahli yang sudah pindah sekolah , tetapi kami menerima 2 lagi ahli baru sebagai pelengkap 10 learners termasuklah naqibah kami .insyaallah itu sahaja opening untuk membersihkan habuk-habuk yang ada di blog ini , insyaallah ana akan mempaksa relakan ahli2 lain untuk mengupdate , dan terimalah post2 dari kami dengan hati yang terbuka insyaallah ....

2010/10/29

good luck


sesungguhnya ujian Allah lagi hebat jika dibandingkan dgn ujian dunia ...
bak kata petikan dalam gambar di atas '' ujian adalah tarbiah dri Allah semakin dekat bahtera kita kepadaNya semakin hebat taufan melanda '' yang bermaksud Allah sentiasa uji kita agar kita dekatkan diri pd Nya





just nak wish ...good luck to all my friend tak kira di mana saja GOOD LUCK IN EXAM
dan nak bgi kata2 semangat dekat budak2 Al-Amin yg ade lgi beberapa kertas ..semoga kalian boleh menjawab nya dengan tenang ''...tiada kemenangan melainkan berkat pertlongan Allah ...''

************************************

*sebenarnya takde idea la nak tulis ape ...tpi sebab nk bangkitkan blog yg lemah ini ..merajinkan diri pulak ..




2010/09/05

jualan ???

baju melayu ???
baju kurung ??kuih raya ???langsir ???perabut rumah ???

apakah ???







************************************************************


apakah gambar2 nih ..maaf kami bukan nak buat promosi ...
cuma nk tanya , dh beli ke ...
maklumlah raya dah dekat ...

sempena raya yg nk dekat nih , kami just nak ucapkan



tapi bln puasa tak habih lgi ..
ade berbaki beberapa hari lgi ..
jgn kita tinggalkan ibadah kita semata-mata nk raya ..
sekian celoteh kami ..segala yang terasa harap  dimaafkan ...

 ************************************

2010/08/26

bila puasa...

hari ini lebih baik dri semalam

post yg ringkas tapi  ..ada maksudnya insyaallah



semalam adalah kenangan ,
esok adalah masa depan ,
hari ini ... mari lah kita lakukan terbaik, Insyaallah

******************


Alhamdulillah , dah masuk hari ke 15 umat islam berpuasa , bermakna ada lagi 15 hari umat islam akan berpuasa ,cuma apa yang hendak diperkatakan ialah ..  semoga 15 hari yang akan datang menjadi lebih baik dari 15 hari yang dh berlalu insyaallah ...