Pages

2010/09/05

REMAJA..PENENTU UMMAH..

Di usia remaja ini pelbagai dugaan yang Allah telah beri kepada kita..
Di usia inilah kita akan menentukan identiti diri..
Di usia inilah kita diberi masa oleh Allah untuk mempergunakan ia dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya..
Di usia inilah Allah akan tanya kepada kita di akhirat kelak.
Allah akan bertanya kpd kita apakah kita menggunakan usia remaja ini dengan sebaik-baiknya..
Cita-cita..
Dai'e..
Khalifah...dan menjadi hamba kepadaNya..
Semua itu tanggungjawab kita dalam  merealasasikannya tika usia remaja ini..
Sahabat-sahabatku..
Remaja jualah penentu masa depan ummah kelak..
Jika kita sering terlalai dgn keseronokan duniawi yang hakikatnya tidak manis itu..
Bagaimana dgn  masa depan ummah kelak..
Nasib masa depan ummah berada di dalam tangan siapa??
Siapa lagi jika bukan di tangan kita..
Kita yang mempelajari agama Islam..
Kita yang memahami keindahan tarbiah..
Kita yang mengaku Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah..
Jika kita yang sudah memahami Islam itu amat indah jugak jatuh tewas..maka marilah bersama-sama periksa kembali hati kita..muhasabah kembali sejauh mana cinta kita kepada Al-Khaliq..
Wahai sahabat-sahabat yang kusanyangi..
Marilah kita bersama-sama saling-melengkapi..kerana kita ini sering terlupa..
Marilah kita saling berukhwah keranaNya..kerana jika kita berukhwah bukan keranaNya maka ukhwah itu tidak kekal selama-lamanya..
Marilah kita bersama-sama mendirikan paksi keimanan kerana keimanan itu yang akan melahirkan sesuatu benda yang luar biasa..
Dengan keimanan itulah kita akan dapat saling memahami dan saling berkasih-sayang..
Marilah kita bersama-sama berdiri teguh di atas jalinan ukhwah ini dalam menghadapi duri-duri yang berbisa di luar sana..
Ketahuilah teman sahabatku..
Bahawa jika kita bersahabat kerana Allah,
maka kita akan saling berdamping tika hendak memasuki Jannah Allah yang merupakan sebaik-baik tempat itu..dan ukhwah kita juga tidak akan retak tetapi akan kekal hingga ke syurga..
Ketahuilah jua bahawa keimanan itu jugak akn mengeluarkan masalah ummah..
Dengan keimanan itu jualah kita akan dapat menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya..
Dengan keimanan itulah jua kita akan dapat kembali memartabatkan Islam..
Dengan keimanan itu jualah akan dapat mendirikan kembali kegemilangan Islam..
Keimanan...
Itulah yang akan menyedarkan kita..mendewasakan kita dan mematangkan permikiran kita..

1 ulasan: