Pages

2010/09/01

Persepsi masyarakat terhadap Hari Raya Aidilfitri..

Asalamualaikum...bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa hari Ramadhan akan meninggalkan kita...pelbagai keadaan akan dapat kita lihat..ada yang sibuk menempah kuih raya ,membeli langsir baru,baju raya ,dan ada jugak yang membeli perabot baru...semata-mata  untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ragam-ragam tersebut sudah menjadi adat untuk orang melayu dan itu sememangnya kelaziman yang terjadi sehingga menjadi satu kebiasaan dlm diri kita.Dan kebanyakan masyarakat menganggap bahawa bulan puasa ini merupakan adat yang mesti diikuti oleh orang Melayu , tetapi sebenarnya apabila bulan Ramadhan semakin mahu meninggalkan kita , kita hendaklah lebih banyak beribdah kepada Allah.

Pada coloteh kali ini ,kami  akan membincangkan tentang persepsi masyarakat terhadap Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri , dan bagaimana untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap bulan mulia ini..
Kita lihat sendiri apakah matlamat Bulan Ramadhan diturunkan kepada kita satu petikan dalam firman Allah taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

"Hai orang-orang yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Kita dapat lihat sendiri bahawa Allah mengurniakan bulan ramadhan ini adalah untuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.Taqwa itu masksudnya secara ringkas ialah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah taala. Nilai taqwa tidak dapat ternanam dan buahnya tidak dapat dipetik, kecuali jika seorang Muslim memiliki pengetahuan mengenai agama Allah yang menuntut dirinya mencapai darjat Muttaqin. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya:

"sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya,hanyalah ulama'."(surah fathir:28)


mengapa golongan ulama'? ini kerana sesiapa yang mempelajari ilmu juga merupakan ibadah ( jika diniat kerana Allah) dan kerana ia mendekatkan diri kita kepada Allah.Selain itu golongan berilmu ini juga lebih baik daripada orang yang sentiasa beribadah kepada Allah.Kerana golongan berilmu ini mempunyai ilmu dan juga boleh melaksanakanya , manakala golongan yang sentiasa beribadah itu pula hanya beribadah tetapi tidak mempunyai ilmu..

********************************************

insyaallah peringatan untuk semua dan diri kami sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan